Friday 1 March 2013

Melata tumbuh

Dalam kesesakan ruang waktu, aku mencari kedamaian dalam hiruk pikuk kehidupan. Melihatkan keadaan sekarang, aku perlu lebih gigih memerah keringat. Kurangkan rehat. Lebihkan semangat. Dalam tempoh 8 bulan lagi, target harus dicapai.

Sesuatu yang agak sukar apabila kita melakukan sesuatu bukan atas kehendak sendiri Tapi memenuhi permintaan orang lain. Tapi tak mengapa. Jika tidak diuji sekarang, tidak susah sekarang, lambatlah senang tiba. Aku terima redha atas segalanya.

Tiap hari aku hiaskan pagi petang siang malamku dengan senyuman. Dan keyakinan utuh bahawa Allah sentiasa bersamaku untuk membantuku. Lucu apabila si pendosa tegar ini selalu meminta bantuan Kau. Tapi aku tahu kerana tiada lagi sebaik- baik penolong selain Kau. Aku cuba tingkatkan mutu pahala, kurangkan dosa. Dan Kau Maha Melihat.

Dalam tempoh terpanjang ini, aku harus garapkan segala kuasa, semangat dan kegembiraan yang ada bagi menempuhi saat sukar ini. Buang rasa benci. Tanam rasa kasih.

Dan Kau, aku memohon dalam rasa yang terhina.. bantulah aku yang tersangat lemah. Tiada lain yang dapat membantu aku selain Kau. Allah. Allah. Allah.

Terima kasih kerana hidup ini.

No comments:

Post a Comment

Nuff adz