Sunday 12 May 2013

Dugaan memberat

Aku... tak tahu nak cakap apa.
Sesi praktikal di jabatan, O&M memang sibuk. Tapi aku masih sempat luangkan masa untuk tengok video2 UAI dan blogging. Haha

Erm.. kadang2..
Argh, orang muda.
Keputusan dibuat secara melulu. Tak fikir panjang. Disangkakan sudah tamat masalah. Tapi ianya cuma menyembunyikan kesahihan kebenaran dan menyedapkan fikiran saja.

Allah, apa yang ingin Kau beritahu aku ya Allah?
Aku selalu percaya tiada apa pun datang dengan sia- sia. Walaupun seekor semut masuk ke bilik aku.. aku pasti akan ada reasoningnya.
Kerana Kau Maha Mengetahui dan Maha Agung.

Beritahu aku ya Allahh. Dugaan berat apakah inii?
Tunjukkan kebenaran ya Allah. Tunjukkan akuuu.

Jika benar aku telah melakukan salah, tunjukkan aku ya Allah.
Sungguh aku takut dengan azabMu..

Ampunkan aku yang pendek akal niya Allah. Tunjukkan aku kebenaran..
Tunjukkan aku...

* hati sangat sedih setelah melihat sesuatu. Aku tak mampu meluahkan. Serabut FYP dah hilang. Terfikirkan kesalahan besar yang mungkin aku telah lakukan. Aku takut. Aku takut mati tak dikenang. Tak ada orang doa. Ampunkan aku ya Allah

Monday 6 May 2013

Budak skema?

Kalau kita tengok dalam drama- drama baik Melayu, Cina, India dan omputih skelaipun.. mereka- mereka yang skema ini (bayangkan seorang budak muka pucat dengan spek mata bulat serta gigi dua batang terjojol kat depan sambil bawak beg besar) sering menjadi bahan buli yang paling seronok. Sebab dorang ni biasanya takde own-stand bak kata omputih, senang ditolak ketengah ketepi, serta biasanya depa ni luruih bendul. Sebab tu kita panggil dia budak skema.

Dan itulah persepsi aku terhadap budak skema sehinggalah aku menjejak kaki ke menara gading (oh,sasteranya aku!). Di sini aku kenal tinggi nya langit dan rendahnya bumi. Dan di sini aku kenal dan faham dengan sebenar- benar faham quote "Don't judge the book by its cover".

Sebelum ni aku suka kawan dengan budak skema sebab diorang biasanya pandai dan tak kedekut ilmu untuk ajar orang. Mungkin sebab tu diorang bertambah pandai dan pandai (ilmu berkat).

Tapi di universiti, aku dapati, bebudak skema ni yang deskripsi nye taklah seteruk di atas, tapi adalah sikit2 kan sebenarnya merupakan PEMBULI BESAR di universiti! Percaya atau tidak?
HAHAHAHA

Aku selalu simpati dnegan diorang sebab macam, "Kenapalah diorang ni macam ni.. hidup ni kena enjoy sikit."
Tapi, aku end up di'buli' mereka tanpa aku sedari sebab rasa ihsan aku yang suka kesian kat orang. Dah 4 tahun bertapa dekat universiti kesayangan ni baru aku tahu perangai dorang.
Selama ni tanpa aku sedari aku telah dipergunakan.

Diorang ni, sebenarnya bertopengkan sifat skema-muka-kesian untuk mendapatkan apa saja objektif mereka. Walaupun terpaksa menyusahkan atau menekan orang lain. Ataupun mungkin melaga- lagakan orang lain? Ataupun mungkin bertalam dua muka? HAHA. Shame on me yang terpedaya.

Sebab tu orang kata, tak kenal maka tak cinta. Bila dah kenal, kuang ajaq hanggggg!! WAKAKA

Apa- apa pun, aku doakan agar mereka- mereka sila sedar diri yang anda bukan hidup untuk diri sendiri di atas dunia ini. Anda bukan hidup sensorang. Anda soon to come memerlukan kami untuk meng'hidup'kan hidup anda. Jadi, tahi anda bagi kami, kami mungkin tak bagi tahi semula kat anda. Cuma kami tak respons dengan apa jua anda lakukan. Macam, anda tak wujud?

Sekali dua kali terkena mungkin boleh tahan. Dah banyak kali kena, memang takleh tahan. Alhamdulillah dapat bersabar so far. Cuma anda tu.. jangan asyik cari kesalahan orang lain, ambil cermin tengok diri.
AUDIT diri anda.

Sekian, nukilan seorang mangsa budak skema. (hahaha!)

p/s: oh, PRU kali ni menarik kan? siap ada perhimpunan kebangkita segala jadah. Napa tak buat solat hajat ramai2 solat syukur atas kemenangan atau apa yang terjadi? Aku konfius dengan korang.

Nuff adz