Tuesday 30 October 2012

Mukhadimah


Syukur ke hadrat Ilahi saya dapat bernafas untuk sujud lagi kepadaNya Yang Esa.

Baru- baru ini kehidupan saya begitu serabut, tak terurus dan cukup mengecewakan. Saya jadi malas, mudah sedih, lemah, tak yakin dan setrerusnya membuatkan saya kecundang dan mengambil keputusan drastik yang saya pasti ramai tak percaya yang saya akan membuat keputusan sedemikian.

Namun, itulah kehidupan. Ada kalanya kita di atas, ada kalanya kita di bawah.
Silap saya adalah saya terlalu lama di atas dan tidak mengsyukuri nikmat di atas. Maka, Allah jatuhkan saya agar saya dapat belajar mensyukuri nikmat. Allah jauhkan saya dari komuniti saya supaya saya dapat mencari diri saya, dapat mengumpul semula tenaga remaja saya untuk saya hadapi ujianNya yang lebih hebat lagi.

Namun, saya pasti... biar sehebat manapun ujian tersebut.. saya pasti akan berjaya. PASTI! Mengapa?

" If God brings you TO it, He will brings you THROUGH it." InsyaAllah. All I need is faith.

Maka, mari mulakan hari dengan sesuatu yang gembira.

Alhamdulillah, terima kasih Allah.

Awal- awalan

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, berjaya juga saya wujudkan blog baru di sini.
Saya, Nur Fadzlina Binti Abu Talib akan menulis satu pandangan dan penulisan yang lebih berbza berbanding dengan blog lama saya. Cik Kain Batik.

Di sini ingin saya kongsikan pandangan saya, suara saya dan segala tohmahan kutukan pujian daru sudut hati kepada maya. Siapa yang nak baca, silalah baca, siapa yang taknak.. tutup saja. Ok?

Welcome. :)

Nuff adz