Monday 24 December 2012

Lari dari hidup.

Ada masa dalam hidup kita, kita akan rasa putus asa. Rasa lemah. Rasa nak jatuh. Rasa nak berehat dan baring merenung siling dan nikmati bunyi kipas berdetik- detik. Ahhh, tekanan semakin tinggi. Kadang- kadang harap saja diri ini tiba- tiba pengsan tak sedarkan diri selama 1 jam dan duduk di wad sekurang- kurangnya sehari. 

Untuk apa? Melarikan diri dari kehidupan.

Masalah keluarga, duit, cinta, pelajaran, diri sendiri dan fake friends membelenggu kotak pemikiran realiti. 


Kita takkan pernah dapat lari dari masalah. Kerana ia akan selalu mengejar kita. Tapi kita boleh berehat sebentar. Untuk berfikir dengan lebih tenang dan efektif.

Berhenti sejenak, bukan bermakna kamu melarikan diri. Sedang lebuhraya pun ada RnR, apalagi lebuhraya kehidupan. 

Aku menyesal dengan setiap tindak bodoh aku, setiap lakuku yang penuh emosi. Tapi itulah yang mengajar aku untuk hidup. Jangan ulangi lagi silap itu.


Tapi, selalulah ingat. Setiap apa pun yang kita lakukan. Let Allah be the first. Ask Allah.
Kerana Dia pemilik segala hati. Dan hanya Dia yang boleh membolak- balikkan hati hambaNya.

Nuff adz