Monday 28 January 2013

Cinta pandang pertama

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ni saya nak bercerita tentang cinta. Jika ada sesiapa tak suka sila blah sekarang. Saya tengah menyelami jiwa sendiri ni. Huhu

" Perempuan sukar melupakan cinta pertama mereka". Itulah yang keluar dari mulut Along ketika kami sedang menonton cerita Setia Hujung Nyawa.

Tapi dalam hati aku, saya rasa lelaki juga sukar melupakan cinta pertama mereka.

Cinta pertama saya? Hihi. Masa sekolah menengah. Cinta monyet orang kata. Tapi, saya tak peduli. Kerna bagi saya.. saya suka kerana Allah. Dapat bersyukur, tak dapat tak menyesal.
Kenapa mengungkit cerita lama?
Ya, saya sekarang punya cinta yang luarbiasa.. Allah dan keluarga. Dan bakal suami. (Siapa ntah).

Entah kenapa kadang kala terasa lucu dan mudah saja untuk tersenyum bila teringatkan kisah itu. Bodohnya saya. Kanak- kanaknya saya. Tak matang sungguh. Walaupun sudah bertahun lamanya tidak berhubung mahupun mengungkit cerita itu, tapi bila muncul di ingatan, secara automatik bibir tersenyum. Entah apalah yang dilucukan.

Cinta pandang pertama. Ya, sukar untuk saya lupakan. Ada saturasa yang indah berbunga- bunga dalam jiwa. Dan ada juga rasa duri tajam pisau menusuk hati. Semua itu saya sudah lalui. Dan semua rasaitu hanyalah memori.

Bila saya melihat masa depan saya.. saya tersenyum. Kenapa? Saya rasa saya nampak perubahan diri saya.
Si dia yang dulu, saya jadikan pengajaran dan kenangan. Si dia kini, saya dan dia sedang usahakan hari bahagia kami. Masing2 menyepi, tak kenal sama sendiri.

Ada yang bertanya. "Bagaimana jika 'dia yang pertama tu' jodoh kamu sebenarnya?"
Saya hanya mampu tersenyum riang, "Alhamdulillah, tak sangka."
Dan jika bukan diatapi orang yang kamu tak jangka akan jatuh cinta?
Saya hanya senyum dan menjawab," Alhamdulillah, Allah Maha Mengetahui segalanya."

Dan kenapa harus saya coretkan perkara yang menggelikan ini?
Kerna saya mahu ia keluar dari ingatan saya. Biarlah ia terpahat di dunia maya ini. Tak banyak pun, sikit jadilah. Agar saya punya ruang untuk saya isikan kasih sayang manusia masa depan saya.

Kepada awak, terima kasih atas segalanya. Gembira, sakit, tawa dan air mata itu pengalaman berharga untuk saya. Hidup baik-baik ya.

Kepada si masa depan saya, kita usaha menjadi manusia soleh ya? Pimpin tangan saya ke SyurgaNya ya? InsyaAllah. :)

p/s: oh, saya beritahu tak cinta saya tak berbalas? LOL

Alhamdulillah atas pengalaman ini Allah.

Sunday 27 January 2013

Cinta, kebencian, dendam, kasih dan maaf.

Bismillahirrahmanirrahim..

Hidup ini penuh dengan masalah. masalah, masalah, masalah. Tapis semua ini boleh diELAKKK. Haha.
(Tagline rancangan Elak- Elak).

Majoriti daripada kita pasti sudah merasai semua perkara di atas. Rasa cinta, benci (sama ada membenci atau dibenci), dendam, kasih dan maaf (memaafkan dan minta dimaafkan).
Semua perasaan ini kita apsti akan merasainya. Jika anda belum merasai salah satu daripada perkara-perkara yang disebutkan, tunggulah.. masanya akan tiba juga.

Apa pepatah menyebut..
" Jika anda terlalu menyintai seseorang, letakkanlah sedikit kebencian padanya. Jika anda terlalu bencikan seseorang, letakkanlah sedikit cnta kepadanya."
Ramai yang bertanya, kenapa ya?

Apabila terlalu banyak 'sangat', apabila tiba sesuatu masalah/selisih faham.. anda akan 'sangat' juga orang itu. Tapi, dengan perkara yang bertentangan.
Jika sangat sayang, jadi sangat benci.
Jika sangat percaya, jadi sangat menjengkelkan.
Dan begitulah sebaliknya.
Hidup ini seperti roda.
Jangan terlalu mempercayai seseorang.. kerna manusia akan memungkirinya.
Percayalah pada Allah, kerna Dia pasti akan menepatinya.

Jika anda berada di disituasi masalah/selisih faham.. jangan terlalu ikut emosi. Saya sudah pelajari dari kesilapan saya. You get the forgiveness, but never the trust.

Ya, memaafkan sesuatu yang sukar. Lebih sukar untuk percaya kembali. Masa bercinta, semua bersama. Hanya untuk 10 minit selisih faham.. dari cinta bertukar kepada benci.

Percayalah, dengan membenci anda akan hilang banyak perkara. Terutamanya kebahagiaan.
Pujuklah hati untuk memaafkan dan meminta maaf.
Jika anda tidak dimaafkan, pohonlah pada Allah agar dilembutkan hati mereka untuk memaafkan anda. Jika anda masih lagi rasa bersalah, niatkan agar amal baik yang akan anda lakukan nanti disedekahkan kepada oang itu. (petua dari ceramah 4 tahun lalu)

Tujuan saya menulis perkara ini bukan untuk saja2, cakap atau mengata siapa2 dan bukan untuk meminta simpati. Cuma saya harap, jika ada yang membaca, ambillah iktibar dari artikel ini. Saya telah melakukan kesilapan. Saya terlalu mengikutkan emosi, mendengar kata si api-api dan akhirnya semua itu memakan diri. Saya kehilangan mereka yang saya sayangi.
Namun saya redha, sayalah punca semua itu berlaku sebenarnya. Maafkan aku Tuhan.

Harap anda semua lebih berhati- hati dalam setiap langkah anda. Setiap kata anda. Jangan terlalu mengikut emosi.

Terakhir kali; jangan ingat anda bagus dari orang. Kita semua sama. Anda sakitkan hati orang, Allah balas dengan orang yang anda sayangi menyakitkan hati anda.

At the end, padan muka kau. Sigh~

Alhamdulillah atas ujianMu.

Wednesday 23 January 2013

Dengan Bismillah dan Alhamdulillah

Bismillahirrahmanirahim.

Salam Maulidur Rasul 1434H semua ya. Alhamdulillah, dapat juga aku sertai perarakan maulud Nabi di taman rumah aku kat Batang Kali ni. Pagi- pagi dah bangun pakai baju cantik- cantik. Keluarga kami pakai pink semuanya. Oh, terasa ayu bak Puteri Hang Li Po pulak  bila pakai baju kurung. hihihi

Di sini, aku nak kongsikan sesuatu yang sangat simple tapi mampu memberi kesan terhadap hidup anda. Dan ya, regardless of kau pakai tudung ke tak, terbogel sana sini ke tak, tak jaga pergaulan ke apa-apa lah kan.. moga-moga yang negatif terus disingkirkan sikit demi sikit dan yang positif harus terus ditabung setiap hari. Siapa aku untuk judge korang sedang dalam hati hanya kau dan Allah saja yang tahu.
Tapi, tolonglah jangan jadikan statement ni sebagai satu alasan untuk terus membuat kemungkaran ye?

Back to the topic.
Bismillah. Alhamdulillah. Dua perkataan yang pastinya secara umum kita tahu kan?
Have you ever heard the phrase: "Start with Bismillah, end it with Alhamdulillah"?
Atau macam dalam lagu Raihan, "Mulakan dengan Bismillah, disudahi dengan Alhamdulillah.."

Aku pun macam korang- korang gak. Nyanyi lagu Raihan tu tapi tak praktik pun. Sampailah pada satu kejadian masa aku tengah drive, tayar pancit. Aku call member dan dia datang dengan member dia lagi sorang. Kawan aku A, kawan dia B. So, A drive kereta aku ke tempat yang selamat aku kena naik kete dengan B. Apa yang buat aku impressed sangat terhadap B adalah, dia bukan lah seorang alim ustaz ke apa. Tapi setiap apa yang dia buat pasti akan dimulai "Bismillah" dan diakhiri " Alhamdulillah".

Contoh?
Dia start enjin -> Bismillah -> Enjin hidup -> Alhamdulillah.
Nak cross jalan->Bagi signal -> Bismillah -> Dah cross jalan -> Alhamdulillah
Nak buka tayar-> Bismillah Tayar dah buka ->Alhamdulillah

See? Benda simple je pun tapi dia tak pernah lupa untuk mengucapkan dua kalimah Allah itu.
Kemudian, aku cuba untuk praktikkan.

Setiap apa yang aku buat, especially driving.. aku mulakan dengan "Bismillah" dan akhiri dengan "Alhamdulillah".

Sungguh besar kalimah Allah itu.. aku dapati setiap apa yang aku buat menjadi mudah!
Biasanya susah sangat yelah aku pun bukan pandai sangat memandu.
Walau apa pun yang aku buat, walaupun ada perkara yang tak diingini berlaku.. tapi aku dapat hadapi dengan mudah.
Aku dapat berfikir jalan penyelesaian dengan mudahdan aku dapat handle the situation dengan mudah.
Kuasa Allah.

Aku pun sebenarnya tak tahu macam mana nak bagi tahu korang betapa best nya perasaan tu. Sekarang ni mulut dah macam jadi kebiasaan, nak buat apa- apa semua kena "Bismillah" dan end it with " Alhamdulillah".
Syukur Allah mudahkan aku untuk menyebut kalimah memujiMu.

So, anda semua. Tak kisahlah anda ni macam mana orangnya. Cuba praktikkan perkara ni. Mana tahu, dengan izin Allah.. anda semua boleh berhijrah dengan mudah. Kan? InsyaAllah.

Semuanya dengan "Bismillah" dan sudahi dengan "Alhamdulillah".

Saya doakan agar Allah membuka pintu hati kita semua untuk menuju ke jalanNya. InsyaAllah.

Alhamdulillah.

Nuff adz