Tuesday 5 February 2013

Mencintai bukan syarat memiliki

Bismillahirrahmanirrahim

Jika post lepas saya menceritakan cinta pandang pertama saya, hari ini saya telah kehilangannya. Kita takkan sedar yang kita sayang seseorang/sesuatu sehinggalah kita kehilangannya.

1 Februari 2013. Hari semangat saya kerana saya menghadiri seminar Intensif Kekayaan dan Kejayaan oleh Dr Azizan Osman. Namun keeseokannya, seseorang yang sangat penting buat saya untuk tempoh 7 tahun telah pergi menemui Penciptanya. Kemalangan pada pukul 11.30 malam di Sungai Besi hanyalah sekadar sebab untuk kematian. Tapi hakikatnya, Allah lebih menyayangimu.

Saya selalu ingat pesanan2 nya, lawak2 nya dan tazkirah santai dalam Yahoo Messenger olehnya 7 tahun dulu. Ketika itu, saya sudah mula berfikir..  masih adakah lagi lelaki seperti ini? Soleh nya sungguh memikat hati. Walaupun saya masih di bangku sekolah, saya tahu saya menyayanginya kerana Allah. Dan kerana itu kami dijauhkan atas ketentuanNya selama bertahun- tahun.

Beb, aku dengar nasihat kau. Aku tak tunggu kau. Aku move on. Tapi aku susah untuk lepaskan kau. Kau pernah kata, kau takut kalau kau yang tak sempat tunggu aku. Memang betul, kau tak tunggu aku. Kau tak sempat. Cinta kau pada Allah dan Rasulullah melebihi segalanya. Mimpikan kau berbaju Melayu putih dan tersenyum pada aku minggu lepas mungkin sebenarnya ingin memberi hint kepada aku. Alhamdulillah. Sekurang- kurangnya aku dapat juga contact kau kan?

Dengan kau, aku sedar.. mencintai sahaja bukan satu syarat untuk memiliki. Aku ingat pesanan kau. Kita tidak memiliki apa2 di muka bumi ini. Kita hanyalah penjaga. Khalifah. Tiada yang mustahil bagi Allah. Kau, sentiasa buat orang teringat pada Allah. Sungguh, besar jasa kau pada sekeliling kau.

Kau tahu kau akan pergi, kerana itu kau selalu berjubah putih dan berserban. Kau selalu  pesan, solat awal waktu, sebelum tidur baca al-quran supaya tak jadi manusia lalai, dan tutup aurat sebaiknya. Jangan tinggikan suara kalau mahu jadi wanita solehah. Aku ingat semua ni beb. Aku ingat. Walau dan 7 tahun berlalu.
Dan tagline kau di akhir bicara.. " Jaga hati, jaga iman, jaga akhlak". Sejak dari 7 tahun yang lalu. Aku akan ingat beb. Aku akan move on. Aku akan lepaskan kau beb.

Tuhan itu Maha Bijaksana.. Maha Mengetahui. Kita dijauhkan semasa hayatmu.. tetapi apabila kau pergi.. kau disemadikan dekat dengan tempat tinggal aku. Allah. Allah. Allah.

Beb, pergilah kau dengan aman. Pergilah kau dengan kemenangan. Aku selalu akan ziarah kau. InsyaAllah. Kau manusia yang berjasa di muka bumi. Allah lebih sayangkan kau.
Al- Fatihah buatmu.

*mengesat air mata yang tak tahu di mana hujung  hentinya.

No comments:

Post a Comment

Nuff adz