Wednesday, 27 March 2013

Sikit- sikit

Alhamdulillah. Aku takkan jemu memujiMu. Aku takkan jemu mengucapkan syukur. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Satu per satu doa ku Kau makbulkan. Kau ajarkan aku sabar. Kau berikan aku tenang. Dan segala yang aku hajatkan, Kau tidak segerakan. Tapi bila Kau makbulkan, Kau beri di saat yang paling terbaik dan dalam keadaan yang paling terbaik. Kau uji aku tapi Kau pimpin aku. Terima kasih Allah.

Sayangilah aku ya Allah. Ikatkanlah hati ini dengan cintaMu ya Allah. Sungguh, tiada daya aku tanpa Kau.

Monday, 25 March 2013

Si penegur dan si ditegur.

Sebenarnya aku tak tahu nak guna kata ganti nama 'aku' atau 'saya' yang sesuai dalam blog ni. Asalnya nak guna 'saya' tapi alih2 tukar 'aku' balik. Aku berniat nak jadi macam sopan sikit bila guna 'saya' tapi aku rasa selesa guna 'aku'. Aku rasa lebih rapat, selesa macam kawan2 gittew. Hehe
____________________________________________________________________

Aku banyak membaca teguran- teguran Islamik yang diberi kepada orang- orang yang berkenaan. Terutamanya artis lah. Lets face the fact first.
Orang = Agama Islam = Follow syariat.

So ini adalah basic fact sebagai seorang Muslim kan. Dan dalam Islam sendiri digalakkan malah diharuskan antara kita untuk saling nasihat- menasihati.

Kepada yang ditegur:
Mostly living in the western 'world'. Like nothing else matters, they'll live like there's no death, no heaven and hell, no one will care about.
Let's face the fact dearest ( dandan speaking peah oii). Allah menciptakan kita berbeza- beza. Dan Allah ciptakan kita berkawan- kawan. Setiap dari kita berbeza tabiat, kekuatan dan kelemahan. Dan atas perbezaan inilah Allah ciptakan kita hidup dalam kelompok agar kita dapat saling melengkapi antara satu sama lain. Jika ada yang anda kurang, dan ada orang tegur.. jangan marah, melenting. Cuba renung di ri anda. Dan ucap terima kasih kepada yang menegur. Sekalipun anda tak boleh terima teguran tersebut, jangan sesekali memperlekehkan nasihat dan dirinya. Kepada, jika ada yang tegur tu maksudnya dia sayang.

Aku bagi contoh:
Dulu masa aku matriks camtu, ada kawan aku ni kata kat aku. Bila couple, jangan sentuh- sentuh, jaga diri. Jangan serahkan diri kat pakwe. Ingat Allah selalu. Tapi member aku ni dia couple, selalu makan dengan pakwe dia kat cafe matriks. Balik rumah sama, outing sama. So, masa tu aku fikir.. eleh.. ye2 je nasihat orang.

Tapi setelah beberapa lama, aku berfikir. Dia nasihat, tapi dia pun lebih kurang je.
Bukankah itu bermaksud sebenarnya dia juga punya kesedaran? Cuma dia tak dapat nak melawan lagi perasaan nafsu tu. Kesian dia. Jadi, aku tukar perspektif aku.

Aku ambil nasihat dia. Aku amalkan. Walaupun dia tak buat apa yang dia nasihat, tapi dia suka nasihat orang. Mungkin sebenarnya dia mahu nasihat diri dia.

Moralnya: jangan melihat orang yang nasihat, lihatlah apa yang dia nasihatkan. Nescaya, setiap yang baik- baik itu ilhamnya datang dari Tuhan. Jika anda bencikan orang yang memberi nasihat itu dan of courselah kan tak ambil pun nasihat itu.. adakah itu bermaksud anda menolak teguran dari Tuhan?

Setiap manusia akan melakukan dosa. Tiada siapa yang perfect baik gila.
Dan ingatlah pesanan Imam Hassan Al- Basri:
"Aku menasihati kamu bukan bermakna aku adalah yang terbaik daripada kalangan kamu atau orang yang paling soleh, kerana aku juga pernah melakukan kesilapan. Andainya seseorang itu hanya menyampaikan dakwah apabila merasakan dirinya sempurna, maka tidak akan ada pendakwah. Jika itu berlaku akan sedikitlah orang yang memberi peringatan."

Saya percaya, setiap yang berlaku, tak kira apa pun.. merupakan didikan Allah kepada kita. Cuma, Allah menggunakan medium seperti kawan2, internet dan sebagainya untuk kita pelajari. Dia mahu kita mengkaji.
Tapi, betapa sedikitnya mereka yang menyedari hal ini.

Jika anda harapkan seorang ustazah dan ulama' yang menegur anda,berkumpullah dengan para ulma' dan ustazah. Tapi masalahnya sekarang, adakah anda berkumpul dengan mereka?

Kepada yang menegur:

You should walk the talk. Kerana, kebanyakan manusia melihat sesuatu menggunakan mata, bukannya hati dan akal. Menggunakan mata, lebih menjurus kepada sesuatu yang bersifat fizikal. Kamu kata jangan merokok, tapi kamu merokok, bukankah fizikal kamu seolah menolak dengan apa yang kamu kata?
Walk the talk.

Tapi aku faham. Sebagai manusia, tiada siapa yang sempurna. Kesempurnaan hanyalah milik Allah Taala.
Jadi, selalulah berdoa kepada Allah. Aku ada stau doa yang seorang ustaz beri masa aku pergi ceramah di kolej dulu.

" Ya Allah, Kau jadikanlah apabila orang melihat aku, mengingatkan mereka kepada Engkau Ya Allah. Jadikanlah percakapanku ini lembut dan mengingatkan kepada Engkau ya Allah. Jadikanlah kelakuanku baik, dan mengingatkan kepada Engkau Ya Allah."

Kerana setiap dari kita adalah khalifah. Jika anda tak punya ilmu yang banyak dalam hal agama, tapi punya keyakinan yang utuh kepada Allah. Mintalah izin dariNya, mulakan dnegan Bismillah.. katakanlah sesuatu dengan indah.

Jangn menegur secara melulu, marah- marah. Kerana itu sifat yang negatif. Rasulullah sendiri telah mengajar kita cara untuk berdakwah. Iaitu secara berperingkat. Jika tidak, masakan Rasulullah mengambil masa 13 tahun untuk berdakwah. 3 tahun secara rahsia, 10 tahun secara terbuka. Jika Rasulullah merupakan orang yang melulu, kenapa baginda tak berdakwah secara terbuka sejurus saja dapat wahyu? Inilah yang dipanggil strategi. Rasulullah tidak sama sekali marah2 dan keras dalam dakwahnya. Sebaliknya baginda menegur dengan penuh kasih sayang dan lemah lembut. Bukankah Islam itu maksudnya 'Salam' iatu 'Selamat'?

Berilah rasa selamat kepada orang yang hendak ditegur supaya mereka tidak lari dari kita. Jika seseorang itu sangat liar dan sebagainya. Mulakan dengan teguran jangan minum arak, tak baik untuk kesihatan. Muka mudah jadi tua. Kemudian tegur pula pakaiannya. Sikit demi sikit.
London bridge was not built in one night.

Jika anda harapkan orang yang anda tegur itu akan menerima dan berubah kerana teguran anda, anda silap. Anda lupa bahawa yang memberi hidayah adalah Allah. Hidayah itu milik Allah. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa semoga Allah bukakan pintu hati mereka.

Dengan mengutuk semua itu takkan jadi apa- apa. Malah ia hanya akan memburukkan nama agama Islam saja.

_________________________________________________________________________

Aku sedih melihat zaman teknologi ni. Kedua- dua pihak saling kutuk- mengutuk.
Yang menegur, apabila tegurannya tidak diterima, terus mengamuk dan menghamburkan kata- kata serupa sumpahan. Ingat, anda bukan Tuhan!

Yang ditegur pula, pantang sungguh dengar sesuatu berunsur keagamaan. Mengamuk marah. Kata kubur lain- lainlah. Cermin diri dululah. Jangan jaga tepi kain orang lah.

Nak tahu kenapa orang seperti ini marah?
Kerana dia tahu dia salah, tapi tak mahu mengaku. Mereka mahu cari helah/idea untuk mengatakan mereka tak salah. Seperti cerita Surah Yusuf, kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha. Zulaikha yang sudah bersalah menggoda Yusuf cuba untuk mengatakan dia tak bersalah. Lalu dipanggil Yusuf untuk keluar ke majlis makan- makan yang diadakan di istana. Ketika perempuan2 sedang memotong buah, Yusuf pun keluar. Maka terpesonalah perempuan2 itu dengan Yusuf, sehingga dikatakan,

"Ini bukan manusia, ini malaikat," sehinggakan jari2 mereka yang sudah terluka kerana pisau pun tidak disedari kerana asyiknya melihat Nabi Yusuf. Legalah Zulaikha kerana dapat membuktikan yang dia tak bersalah, Yusuf yang bersalah kerana terlalu kacak membuat perempuan tergoda. ( Inspirasi kisah Surah Yusuf dai IKIM.FM setiap Isnin petang)

Apa2 pun, aku bukan nak menyalahkan sesiapa. Kita semua manusia. Semua adalah bakal2 jenazah. Syurga neraka kita masih tak tahu. Jika kita bukan orang yang baik, berdoalah. Berdoa banyak2. Jangan sesekali kita sangkakan kita yang terbaik dalam kelompok kita.

Semua ini boleh di share kalau ada orang baca. Tapi, noted kan siapa yang tulis ya. Ilham ini datang dari Allah. Kenapa nak noted kan? Sebab aku sedang berusaha untuk berdakwah di sini. Semoga blog ini dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang membaca. Aku nak saham free beterusan bila aku dah tak ada nanti. :D

Friday, 22 March 2013

Sabar tenang

Alhamdulillah, aku perasan sejak dua menjak ni aku sangat tenang. Walaupun aku kena bomb masa presentation case dengan agak HAHA, tapi aku boleh sangat tenang dan senyum je. Aku pun tak sure sebenarnya masa tu nak rasa apa. Haha. Syukur.

Sekarang ni kehidupan aku agak sempit dan sesak. Tapi aku masih boleh sangat tenang. Aku boleh buat benda dengan senyum je. Alhamdulillah. Nikmat ketenangan dan sabar yang Allah bagi ni sangat hebat.

Walapun amalam ibadah aku tidak se'istiqomah' macam dulu, tapi Alhamdulillah Allah kejutkan aku setiap pukul 5.30 pagi untuk aku tahajjud. Post ni bukan untuk brag ke apa aku ni hebat bangun malam. Bukan. Bukan. Percayalah, bukan setiap kali aku terjaga tu aku bangun untuk tahajjud. Kadang2 ( atau selalunya) aku just tadah tangan dan berdoa. Atau kadang2 aku tidur balik je. Tapi aku maish ucapkan syukur sebab Allah masih mahu kejutkan aku untuk tahajjud. Aku pernah memohon kekuatan dariNya. Dan aku ingat seorang kakak usrah pernah beritahu aku, " Carilah kekuatan dalam tahajjud."
And yeah, Allah kabulkan doa aku. Terima kasih Allah.

Satu per satu doa yang aku pohon Allah kabulkan. Secara indirectly. Dengan kurniaan ketenangan dariNya, aku dapat trace sikit- sikit apa yang berlaku di sekelilingku. Aku mencari hikmah di atas setiap moment.

Dan Alhamdulillah, Allah sentiasa guide langkah aku. Sentiasa guide fikiranku walaupun aku selalu membuat dosa. Tapi Dia sabar dengan karenahku.

Lepas ni aku kena selalu sabar untukNya. Dia sudah terlalu banyak sabar denganku.
Chaiyok Fadzlina!

Friday, 1 March 2013

Melata tumbuh

Dalam kesesakan ruang waktu, aku mencari kedamaian dalam hiruk pikuk kehidupan. Melihatkan keadaan sekarang, aku perlu lebih gigih memerah keringat. Kurangkan rehat. Lebihkan semangat. Dalam tempoh 8 bulan lagi, target harus dicapai.

Sesuatu yang agak sukar apabila kita melakukan sesuatu bukan atas kehendak sendiri Tapi memenuhi permintaan orang lain. Tapi tak mengapa. Jika tidak diuji sekarang, tidak susah sekarang, lambatlah senang tiba. Aku terima redha atas segalanya.

Tiap hari aku hiaskan pagi petang siang malamku dengan senyuman. Dan keyakinan utuh bahawa Allah sentiasa bersamaku untuk membantuku. Lucu apabila si pendosa tegar ini selalu meminta bantuan Kau. Tapi aku tahu kerana tiada lagi sebaik- baik penolong selain Kau. Aku cuba tingkatkan mutu pahala, kurangkan dosa. Dan Kau Maha Melihat.

Dalam tempoh terpanjang ini, aku harus garapkan segala kuasa, semangat dan kegembiraan yang ada bagi menempuhi saat sukar ini. Buang rasa benci. Tanam rasa kasih.

Dan Kau, aku memohon dalam rasa yang terhina.. bantulah aku yang tersangat lemah. Tiada lain yang dapat membantu aku selain Kau. Allah. Allah. Allah.

Terima kasih kerana hidup ini.

Sunday, 10 February 2013

Melepaskan

Cukup seminggu pemergian kau.. aku sudah mampu bertahan. Aku sudah melepaskan kau. Aku move on. Aku move on.

Tuesday, 5 February 2013

Mencintai bukan syarat memiliki

Bismillahirrahmanirrahim

Jika post lepas saya menceritakan cinta pandang pertama saya, hari ini saya telah kehilangannya. Kita takkan sedar yang kita sayang seseorang/sesuatu sehinggalah kita kehilangannya.

1 Februari 2013. Hari semangat saya kerana saya menghadiri seminar Intensif Kekayaan dan Kejayaan oleh Dr Azizan Osman. Namun keeseokannya, seseorang yang sangat penting buat saya untuk tempoh 7 tahun telah pergi menemui Penciptanya. Kemalangan pada pukul 11.30 malam di Sungai Besi hanyalah sekadar sebab untuk kematian. Tapi hakikatnya, Allah lebih menyayangimu.

Saya selalu ingat pesanan2 nya, lawak2 nya dan tazkirah santai dalam Yahoo Messenger olehnya 7 tahun dulu. Ketika itu, saya sudah mula berfikir..  masih adakah lagi lelaki seperti ini? Soleh nya sungguh memikat hati. Walaupun saya masih di bangku sekolah, saya tahu saya menyayanginya kerana Allah. Dan kerana itu kami dijauhkan atas ketentuanNya selama bertahun- tahun.

Beb, aku dengar nasihat kau. Aku tak tunggu kau. Aku move on. Tapi aku susah untuk lepaskan kau. Kau pernah kata, kau takut kalau kau yang tak sempat tunggu aku. Memang betul, kau tak tunggu aku. Kau tak sempat. Cinta kau pada Allah dan Rasulullah melebihi segalanya. Mimpikan kau berbaju Melayu putih dan tersenyum pada aku minggu lepas mungkin sebenarnya ingin memberi hint kepada aku. Alhamdulillah. Sekurang- kurangnya aku dapat juga contact kau kan?

Dengan kau, aku sedar.. mencintai sahaja bukan satu syarat untuk memiliki. Aku ingat pesanan kau. Kita tidak memiliki apa2 di muka bumi ini. Kita hanyalah penjaga. Khalifah. Tiada yang mustahil bagi Allah. Kau, sentiasa buat orang teringat pada Allah. Sungguh, besar jasa kau pada sekeliling kau.

Kau tahu kau akan pergi, kerana itu kau selalu berjubah putih dan berserban. Kau selalu  pesan, solat awal waktu, sebelum tidur baca al-quran supaya tak jadi manusia lalai, dan tutup aurat sebaiknya. Jangan tinggikan suara kalau mahu jadi wanita solehah. Aku ingat semua ni beb. Aku ingat. Walau dan 7 tahun berlalu.
Dan tagline kau di akhir bicara.. " Jaga hati, jaga iman, jaga akhlak". Sejak dari 7 tahun yang lalu. Aku akan ingat beb. Aku akan move on. Aku akan lepaskan kau beb.

Tuhan itu Maha Bijaksana.. Maha Mengetahui. Kita dijauhkan semasa hayatmu.. tetapi apabila kau pergi.. kau disemadikan dekat dengan tempat tinggal aku. Allah. Allah. Allah.

Beb, pergilah kau dengan aman. Pergilah kau dengan kemenangan. Aku selalu akan ziarah kau. InsyaAllah. Kau manusia yang berjasa di muka bumi. Allah lebih sayangkan kau.
Al- Fatihah buatmu.

*mengesat air mata yang tak tahu di mana hujung  hentinya.

Monday, 28 January 2013

Cinta pandang pertama

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ni saya nak bercerita tentang cinta. Jika ada sesiapa tak suka sila blah sekarang. Saya tengah menyelami jiwa sendiri ni. Huhu

" Perempuan sukar melupakan cinta pertama mereka". Itulah yang keluar dari mulut Along ketika kami sedang menonton cerita Setia Hujung Nyawa.

Tapi dalam hati aku, saya rasa lelaki juga sukar melupakan cinta pertama mereka.

Cinta pertama saya? Hihi. Masa sekolah menengah. Cinta monyet orang kata. Tapi, saya tak peduli. Kerna bagi saya.. saya suka kerana Allah. Dapat bersyukur, tak dapat tak menyesal.
Kenapa mengungkit cerita lama?
Ya, saya sekarang punya cinta yang luarbiasa.. Allah dan keluarga. Dan bakal suami. (Siapa ntah).

Entah kenapa kadang kala terasa lucu dan mudah saja untuk tersenyum bila teringatkan kisah itu. Bodohnya saya. Kanak- kanaknya saya. Tak matang sungguh. Walaupun sudah bertahun lamanya tidak berhubung mahupun mengungkit cerita itu, tapi bila muncul di ingatan, secara automatik bibir tersenyum. Entah apalah yang dilucukan.

Cinta pandang pertama. Ya, sukar untuk saya lupakan. Ada saturasa yang indah berbunga- bunga dalam jiwa. Dan ada juga rasa duri tajam pisau menusuk hati. Semua itu saya sudah lalui. Dan semua rasaitu hanyalah memori.

Bila saya melihat masa depan saya.. saya tersenyum. Kenapa? Saya rasa saya nampak perubahan diri saya.
Si dia yang dulu, saya jadikan pengajaran dan kenangan. Si dia kini, saya dan dia sedang usahakan hari bahagia kami. Masing2 menyepi, tak kenal sama sendiri.

Ada yang bertanya. "Bagaimana jika 'dia yang pertama tu' jodoh kamu sebenarnya?"
Saya hanya mampu tersenyum riang, "Alhamdulillah, tak sangka."
Dan jika bukan diatapi orang yang kamu tak jangka akan jatuh cinta?
Saya hanya senyum dan menjawab," Alhamdulillah, Allah Maha Mengetahui segalanya."

Dan kenapa harus saya coretkan perkara yang menggelikan ini?
Kerna saya mahu ia keluar dari ingatan saya. Biarlah ia terpahat di dunia maya ini. Tak banyak pun, sikit jadilah. Agar saya punya ruang untuk saya isikan kasih sayang manusia masa depan saya.

Kepada awak, terima kasih atas segalanya. Gembira, sakit, tawa dan air mata itu pengalaman berharga untuk saya. Hidup baik-baik ya.

Kepada si masa depan saya, kita usaha menjadi manusia soleh ya? Pimpin tangan saya ke SyurgaNya ya? InsyaAllah. :)

p/s: oh, saya beritahu tak cinta saya tak berbalas? LOL

Alhamdulillah atas pengalaman ini Allah.

Nuff adz